PORTAL SEKOLAH SK.NANGA TRUSA

LOGO SEKOLAH (Keterangannya)

1.      Warna merah, hitam dan kuning – Warna Bendera Negeri Sarawak.

2.      Warna Biru – setiap individu pelajar disemaikan semangat cinta dan sayang terhaadap sekolah ( sekolahku syurgaku )

3.      Warna Putih – setiap individu pelajar diterapkan nilai-nilai murni dan taat kepada segala peraturan dan undang-undang sekolah pada setiap masa.

4.      Warna Hijau – melambangkan minda pelajar yang sentiasa berkembang dan bercambah sepanjang masa.

5.      Segitiga – Buku yang dibuka membekalkan ilmu pengetahuan kepada pelajar.

6.      Obor yang menyala – semangat yang membara untuk mengejar cita-cita dan impian di kalangan pelajar.

7.      5 Lingkaran / Gelung – Aktiviti Ko-kurikulum turut dititikberatkan dalam mendidik para pelajar.

8.      Lambang Bolasepak – Bahawasanya sekolah ini mampu melahirkan jaguh sukan yang terkenal dan disegani di masa        akan  datang.

9.      Dua orang berdiri (Pakai terendak & topi ) – Bahawasanya dari sekolah ini lahirnya individu yang berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian dan perindustrian, yang mana kedua-dua bidang ini turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara.

10.  Topi Segiempat dan Skrol – Bahawasanya dari sekolah inilah lahirnya golongan intelektual /tokoh-tokoh & pemimpin-pemimpin yang berwibawa.

11.  Terus Maju – Cogan kata sekolah yang bermaksud setiap pelajar bertekad untuk terus berjuang tanpa berputus asa.

12.  1966 – Tahun Sekolah Kebangsaan Nanga Trusa, Kapit didirikan / beroperasi.